Panduan Bagaimana Cara Format Harddisk Didalam Windows VIsta.

Panduan ini berguna apabila anda membeli harddisk baru untuk membesarkan ruang penyimpanan fail.

1. Buka "computer management" dengan mengklik butang mula -> control panel ->system and maintenance -> administrative tools, dan kemudian klik dua kali pada "computer management". Anda akan ditanyakan kata kunci Admin, taip kata kunci tersebut. (sekiranya ada)

2. Di sebelah menu navigasi, dibawah "storage" klik "disk management"

3. Klik kanan pada hard disk yang berlabel "allocated" dan klik pada "new simple volume"

4. Didalam "new simple volume wizard" klik next.

5. Sekarang, taipkan jumlah volume yang anda mahu buat didalam megabytes (mb) atau terima sahaja jumlah maksimum yang telah diberikan, klik "next"

6. Anda boleh memilih drive letter yang anda mahu, atau biarkan sahaja windows tentukan untuk anda dengan klik "next"

7. Didalam kotak dialog "format partition" anda diberi 2 pilihan
-Sekiranya anda tidak mahu format lagi harddisk anda, klik pada "do not format this volume" klik next
-Untuk format harddisk, terus klik pada next

8. Anda boleh melihat semula pilihan yang anda buat dan kemudian klik Finish.

sekiranya anda mempunyai dua partition didalam harddisk yang sama, anda boleh memindahkan saiz antara keduanya didalam aplikasi computer management ini dengan arahan shrink dan resize


Previous
Next Post »
0 Komentar

Sebarang kemusykilan dengan entri ini? tinggalkan komen..

tips

Security

Customization

Software