Tema Windows 7 Yang Tersembunyi



Windows 7 menawarkan tema dan latar belakang berlainan mengikut bahasa dan tempat yang anda pilih semasa memasang Windows 7. Di sini kita akan melihat macamana mengakses tema-tema yang lain.

Pertama sekali tekan butang start dan taip
C:\Windows\Globalization\MCT

Terdapat folder bernama MCT, buka folder MCT dan anda akan melihat beberapa folder yang lain seperti gambar dibawah.


Setiap folder membawa tema bagi kawasan-kawasan yang berlainan. Sekarang anda boleh buka kesemua dan pilih gambar yang anda berminat, atau anda boleh pergi ke theme folder dan double klik thumbnail untuk memasukan tema ke dalam section theme atau Personalization.


Disini anda boleh lihat saya telah menambahkan kesemuanya dan ia akan berada didalam Personalization didalam Windows7. Selamat Mencuba



Previous
Next Post »
0 Komentar

Sebarang kemusykilan dengan entri ini? tinggalkan komen..

tips

Security

Customization

Software