Open office ialah perisian yang boleh didapati secara percuma. Perisian ini 100% percuma untuk digunakan dan sesuai untuk menggantikan perisian Microsoft Office yang terlalu mahal.
Perisian ini boleh juga membaca fail-fail dari microsoft office seperti ms word dan ms excel. Jadi, tidak perlu risau sekiranya anda membawa data fail dari pejabat atau bertukar data fail dari rakan-rakan yang menggunakan perisian yang lain.
Open Office sesuai untuk pengguna baru kerana ianya mudah dipelajari, sesuai juga untuk anda yang telah lama menggunakan Microsoft Office kerana menus dan skrin Open Office adalah sama seperti Microsoft Office.
Anda boleh muat turun perisian ini dan memberi salinan kepada orang lain kerana ianya percuma.
Muat turun Open Office disini
