Setting Gmail Imap atau PoP3 di Microsoft Outlook

Post ini akan menerangkan bagaimana nak setting akaun gmail anda di microsoft outlook dengan kaedah Imap (internet message access protocol) atau POP3 (post office protocol vs3)

IMAP VS POP3

Dengan menggunakan imap, anda boleh muatturun message dan selaraskan akaun gmail anda dengan microsoft outlook. contoh, sekiranya membuang mesej di akaun gmail, secara automatiknya, mesej yang sama di microsoft outlook akan terpadam.

Ini berbeza dengan POP3, ia cuma memuatturun mesej di akaun gmail anda. Anda juga boleh menghantar dan membalas mesej sama juga seperti anda menggunakan IMAP.

BAGAIMANA NAK SETTING GMAIL IMAP/POP3

Pertama sekali anda kena menghidupkan fungsi imap di akaun gmail anda. Login ke gmail dan buka panel setting, kemudian klik pada "Forwarding and POP/IMAP"

sekarang klik pada butang "enable imap" dan klik save.


TAMBAH AKAUN DI MICROSOFT OUTLOOK

Klik pada tools dan kemudian account settings

sekiranya ini akaun pertama anda, dialog wizard akan keluar untuk membantu anda

Sekarang klik pada new

Sekarang pilih "Microsoft Exchange, POP3, IMAP or HTTP" dan tekan next


Sekiranya anda ingin menggunakan gmail imap, tick pada "Manually configure server settings" dan tekan next. Sekiranya anda ingin menggunakan gmail pop3,tekan next dan biarkan checkbox kosong


Setting POP3 sudah selesai pada langkah sebelumnya, sekarang untuk IMAP,ikut gambarajah dibawah dan tekan next

Sekarang kita masuk konfigurasi akaun gmail imap

pastikan setting bagi incoming dan outgoing mail server seperti dibawah
incoming mail server: imap.googlemail.com
outgoing mail server: smtp.googlemail.com


setting diatas untuk penduduk diluar U.S

Sekarang, klik pada more setting dan pilih outgoing server, dan check kotak "My outgoing server requires authentication"

sekarang, pilih advance dan masukan butiran seperti dibawah
* Incoming Server: 993
* Incoming Server encrypted connection: SSL
* Outgoing Server: 587
* Outgoing Server encrypted connection: TLS



sekarang klik ok, dan anda boleh mencuba akaun anda dengan menekan butang test account settings.

Gambar dibawah menunjukkan setting akaun gmail imap anda berjaya.
Previous
Next Post »
0 Komentar

Sebarang kemusykilan dengan entri ini? tinggalkan komen..

tips

Security

Customization

Software